Thursday, June 30, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 7/2011 : Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti [Rayuan-Walk In]

CALON YANG BELUM PERNAH MEMOHON

Bagi calon yang BELUM PERNAH MEMOHON kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI, KPTM sebelum ini, tetapi berminat untuk memohon masuk ke Kolej Komuniti, calon boleh mengemukakan RAYUAN PERMOHONAN kemasukan dengan cara:

1. Calon perlu membeli NO. PIN di BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) RM 10.60 (No. Pin tersebut akan dijual di BSN sehingga Oktober 2011).
2. Hadir sendiri / wakil ke Kolej Komuniti berhampiran berserta dengan NO. PIN tersebut untuk mengisi borang permohonan kemasukan. Calon juga boleh mengisi permohonan secara dalam talian (online) melalui laman sesawang

http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod/default_xie.asp

3. Sila bawa bersama salinan KAD PENGENALAN anda.

CALON YANG PERNAH MENGISI BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN TETAPI BELUM MENDAPAT JAWAPAN

Bagi calon yang PERNAH MEMOHON sebelum ini untuk kemasukan ke Kolej Komuniti tetapi masih belum mendapat jawapan / tawaran kemasukan, pemohon perlu menyemak keputusan RAYUAN KEMASUKAN melalui laman sesawang berikut

http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp

** Untuk makluman semua pemohon, permohonan rayuan kemasukan ini akan diproses oleh KOLEJ KOMUNITI yang dipohon jika;
1. Terdapat kekosongan tempat bagi kolej dan program yang dipohon.
2. Sebelum tarikh pendaftaran tiada kekosongan tempat, permohonan tersebut akan diproses selepas hari pendaftaran pelajar baharu Program SMK iaitu selepas 04/05 Julai 2011.


** Bagaimanapun, jika calon GAGAL DITAWARKAN pada kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI untuk SESI JULAI 2011 ini iaitu sehingga 14 JULAI 2011, calon jangan berputus asa, ini kerana data calon akan disimpan dan akan digunakan untuk tawaran kemasukan bagi sesi yang seterusnya.

Untuk makluman semua..Sekian..

Monday, June 20, 2011

Taklimat "Laluan Kemasukan Pelajar Ke IPT"

Pegawai Pengambilan KKBD telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat mengenai "Laluan Kemasukan Pelajar Ke IPT" daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR), Jitra Kedah pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Blok H sekolah tersebut..Taklimat telah disampikan hampir selama sejam setengah dari pukul 10.45 pagi hingga jam 12.15 tengahari..

Seramai hampir 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang telah menghadiri taklimat tersebut..

Program ini yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling yang diketuai oleh seorang Kaunselor dan diiringi oleh 3 orang guru..

Sepanjang taklimat disampaikan, para pelajar menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap pengisian taklimat tersebut..Ini dapat dilihat apabila ramai pelajar yang bertanya mengenai maklumat kemasukan ke Kolej Komuniti, maklumat mengenai kaedah cara belajar di Kolej Komuniti, ada juga yang bertanya mengenai etika pemakaian ketika belajar di kolej..

Namun begitu, ramai juga pelajar dan ada juga guru yang bertanya mengenai kursus yang dianjurkan di bawah Unit Kursus Pendek iaitu Kursus Latiahan 1Malaysia..Ramai pelajar yang berminat untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan termasuk kursus bahasa, kursus masakan dan kursus muzik..

Namun, di akhirnya apa yang diharapkan agar pelajar-pelajar yang hadir pada taklimat tersebut telah nampak halatuju mengenai kemasukan ke Kolej Komuniti serta telah jelas mengenai program yang diminati untuk diikuti di Kolej Komuniti..

Sebenarnya, apa yang dapat dilihat ialah para pelajar ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak supaya mereka mempunyai keyakinan diri untuk menentukan halatuju kehidupan mereka selepas tamat persekolahan agar dapatlah kiranya mereka ini menjadi tunggak kejayaan terhadap bangsa, agama dan negara suatu hari nanti..InsyaAllah..


LENSA-LENSA RAGAM PELAJAR

Tuesday, June 14, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 6/2011 : Rayuan Pertukaran Dan Rayuan Kemasukan Ambilan Julai 2011

RAYUAN KEMASUKAN PEMOHON YANG GAGAL DITAWARKAN

Makluman kepada semua pemohon, jika  anda GAGAL ditawarkan kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI, pemohon boleh mengemukakan RAYUAN KEMASUKAN dengan cara melayari laman web berikut:
http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp

Pemohon boleh menyemak permohonan rayuan kemasukan mulai 12 JUN 2011 melalui laman web di atas..Jika pemohon masih belum mendapat surat tawaran selepas 14 JULAI 2011, pemohon dianggap tidak berjaya dalam rayuan tersebut..Sila semak permohonan rayuan setiap hari..Rayuan permohonan kemasukan akan diproses oleh pihak kolej sekiranya masih terdapat kekosongan pada modular yang dimohon..



 RAYUAN PERTUKARAN KOLEJ / PROGRAM

Bagi pemohon yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Kolej Komuniti tetapi berhasrat untuk mohon tukar kolej atau program, pemohon boleh mengemukakan rayuan pertukaran melalui kolej yang ditawarkan..Pemohon perlu hadir sendiri atau hubungi Kolej Komuniti yang ingin mohon ditukar untuk bertanyakan samada masih terdapat kekosongan di kolej tersebut atau tidak..Jika terdapat kekosongan tempat pada modular dan kolej yang dimohon untuk pertukaran, rayuan tersebut akan diproses..Jika tiada tempat kekosongan, rayuan tersebut tidak akan diproses oleh kolej yang berkenaan..

Pemohon akan dihubungi oleh pihak kolej untuk memaklumkan mengenai keputusan rayuan pertukaran tersebut..Sila bawa bersama salinan surat tawaran asal semasa mengemukakan rayuan pertukaran tersebut di UNIT HAL EHWAL PELAJAR KK..

Untuk makluman,Permohonan Rayuan Kemasukan Ke KK dan Rayuan Pertukaran Kolej / Program akan diproses oleh pihak KK sekiranya terdapat kekosongan tempat pada kolej dan modular yang dipohon..Sekian..

Wednesday, June 1, 2011

Urusan Pemprosesan Pemilihan, Penawaran, Cetakan dan Post Surat Tawaran

Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah dilaksanakan mulai dari 18-25 Mei 2011..Sebanyak 390 orang pemohon telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman untuk sesi Ambilan Julai 2011 ini..

Bagi Ambilan Julai 2011 kali ini, KKBD telah menawarkan EMPAT Program utama yang dilaksanakan secara modular yang dikenali sebagai Sijil Modular Kebangsaan (SMK)..Pemilihan calon yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada pilihan pertama calon semasa memohon melalui UPU, berdasarkan juga kolej pilihan pemohon dan berdasarkan juga lokaliti pemohon serta berdasarkan pilihan-pilihan program calon yang dimohon ketika mengemukakan permohonan sebelum ini..

Program yang ditawarkan di KKBD pada Ambilan Julai 2011 adalah seperti berikut:-

PROGRAM SERVIS KENDERAAN RINGAN
1. SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 bulan)
2. SMK Pengimbangan dan Penjajaran Roda (3 bulan)
3. SMK Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stering dan Brek (6 bulan)
4. SMK Penyelenggaraan Sistem Penghantaran (6 bulan)

PROGRAM PEMASANGAN ELEKTRIK
1. SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (4 bulan)
2. SMK Pendawaian Pembuluh Dan Sesalur Fasa Tunggal (4 bulan)
3. SMK Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan Sesalur Tiga Fasa (4 bulan)
4. SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa (4 bulan)

PROGRAM LUKISAN SENIBINA
1. SMK Lukisan Persembahan Senibina (6 bulan)
2. SMK Lukisan Kerja Senibina (6 bulan)
3. SMK Pembuatan Model Senibina (4 bulan)

PROGRAM RANGKAIAN KOMPUTER
1. SMK Pembangunan Rangkaian (5 bulan)
2. SMK Penstrukturan Rangkaian (5 bulan)


TAHNIAH!! Kepada pemohon yang berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, JITRA KEDAH..


LENSA-LENSA KAMERA