Sunday, October 30, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 12/2011 : Permohonan Kemasukan Ambilan Januari 2012 Ke Kolej Komuniti

IKLAN KEMASUKAN AMBILAN JANUARI 2012
Untuk makluman semua, IKLAN permohonan kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI AMBILAN JANUARI 2012 telah diiklankan secara rasmi pada 23 OKTOBER 2011 di akhbar-akhbar utama tempatan..

SYARAT KEMASUKAN :
Warganegara Malaysia
Berumur 17 Tahun Ke Atas

TARIKH PERMOHONAN :
23 Oktober 2011 - 20 November 2011

KAEDAH PERMOHONAN :
Setiap permohonan mesti dikemukakan dengan pembelian NOMBOR PIN DI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) berharga RM 10.60..yang bermula dengan angka 16...atau 19...

1. LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN


2. MENGISI BORANG MANUAL

Dengan hadir sendiri ke UNIT HAL EHWAL PELAJAR (UHEP) KK yang berdekatan dengan tempat tinggal anda..Bawa bersama NO PIN yang telah dibeli..


KEPUTUSAN PERMOHONAN :
Keputusan permohonan akan boleh disemak mulai 26 NOVEMBER 2011 melalui laman web rasmi iaitu:

SENARAI PROGRAM SMK DI KKBD


PEMASANGAN ELEKTRIK
SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal - 4 Bulan


SERVIS KENDERAAN RINGAN
SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan - 3 Bulan

LUKISAN SENIBINA
SMK Lukisan Persembahan Senibina -  6 Bulan
SMK Lukisan Binaan Bangunan - 6 Bulan

RANGKAIAN KOMPUTER
SMK Pembangunan Rangkaian - 5 Bulan

  • ELAUN WANG SAKU RM 250.00 SEBULAN disediakan kepada pelajar yang layak.
  • YURAN PENGAJIAN RM 10.00 SEBULAN.
  • Masa dan tempat pembelajaran yang lebih fleksibel.
SEGERA kemukakan permohonan anda untuk kemasukan ke Kolej Komuniti..Jangan ketinggalan..Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti berdekatan atau terus hubungi kami Unit Hal Ehwal Pelajar KKBD di talian 04-9182 503/505/515..

TAKLIMAT PELAJAR SAMBUNG SMK PE JANUARI 2012

Tarikh    : 30 Okt 2011 (Ahad)
Tempat  : Dewan Syarahan KKBD
Masa     : 8.30 pagi -10.30 pagi

Kelas SMK Pemasangan Elektrik yang terlibat :-
SMK PE 1 - 1 Kelas
SMK PE 2 - 3 Kelas
SMK PE 3 - 1 Kelas
SMK PE 4 - 2 Kelas

Bilangan pelajar SMK PE yang hadir lebih kurang 190 pelajar.. Dan daripada bilangan tersebut didapati bahawa dalam 80% pelajar menyatakan keinginan untuk meneruskan pengajian ke SMK yang seterusnya..Diharapkan pelajar yang hadir pada taklimat hari ini akan dapat didaftarkan untuk menyambung SMK yang seterusnya disamping dapat menambahkan bilangan pelajar yang mendaftar bagi Ambilan Januari 2012..








Thursday, October 13, 2011

Pendaftaran Pelajar Baharu Program SMK Ambilan Oktober 2011..

TAHNIAH!! dan Selamat Datang diucapkan kepada pelajar baharu mendaftar program SMK Servis Kenderaan Ringan Ambilan Oktober 2011..

Tarikh   : 02 Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Dewan Syarahan KKBD
Masa    : 8.30 pagi - Pelajar Baharu
             : 2.30 petang - Pelajar Sambung SMK

Bilangan dan peratus pelajar yang mendaftar berdasarkan Program SMK yang ditawarkan untuk Ambilan Oktober 2011 di KKBD adalah seperti berikut:

Program SMK
Bilangan Mendaftar
Peratus Kehadiran
Penyelenggaraan Kenderaan Ringan
33 pelajar
110 %
Pengimbangan Dan Penjajaran Roda
28 pelajar
93.33 %
Jumlah Keseluruhan
61 pelajar
101.67 %

Daripada jumlah dan peratus di atas dapat dilihat bahawa Bahagian Pengambilan KKBD telah berjaya mencapai peratus kemasukan pelajar baharu Program SMK dengan mencapai 101.67 %..

Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pendaftaran yang telah membantu dengan bertungkus lumus bagi menjayakan pendaftaran pelajar ini..Jasa dan sokongan kalian amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih..


LENSA-LENSA MENARIK SEPANJANG PENDAFTARAN

Thursday, September 15, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 11/2011 : Ambilan Oktober 2011

SURAT TAWARAN
Untuk makluman semua, Bahagian Pengambilan KKBD telah menghantar [post] surat tawaran kemasukan ke KKBD kepada yang telah terpilih ditawarkan Ambilan Oktober 2011..Surat tawaran telah dihantar pada minggu ini..


SEMAKAN KEPUTUSAN
Pemohon juga boleh semak keputusan samada berjaya atau tidak ditawarkan pada Ambilan Oktober 2011 ini melalui laman web berikut:

http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp
http://www.jpkk.edu.my/


PROGRAM SMK YANG DITAWARKAN
Program SMK yang akan ditawarkan pada Ambilan Oktober 2011 ialah:

SMK SERVIS KENDERAAN RINGAN (3 BULAN)
SMK PENGIMBANGAN DAN PENJAJARAN RODA (3 BULAN)


GAGAL PERMOHONAN
Pemohon yang gagal dalam permohonan, boleh mengemukakan rayuan dengan cara:

1. Hadir terus ke Unit HEP KKBD atau
2. Melalui laman web berikut:
    http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp


TARIKH PENDAFTARAN
02 Oktober 2011 [Ahad]
8.30 pagi - 10.00 pagi
Dewan Syarahan KKBD


BAYARAN YURAN PENDAFTARAN
1. Yuran Pengajian RM 30.00
2. Yuran Koperasi RM 100.00
3. Bayaran Tunai [Insurans dan HSK] RM 50.00


Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran Ambilan Oktober 2011 ini, sila hubungi Kolej Komuniti yang dipohon atau hadir terus ke Unit HEP untuk mengemukakan permohonan dan membuat rayuan kemasukan..Sekian..

Friday, August 12, 2011

Program 1Hari Bersama Penasihat Akademik - PA [09 Ogos 2011]

Pada 09 Ogos 2011 [Selasa] telah berlangsung Program 1Hari Bersama Penasihat Akademik [PA] yang dianjurkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar, Unit Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran [KJKK]..Program ini telah dilaksanakan selama satu hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KKBD..

Seramai 38 PA telah menghadiri dan memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan program ini..Program ini baru pertama kali diadakan dan tujuannya adalah untuk memberikan satu panduan yang jelas dan untuk memandu Penasihat Akademik dalam menyediakan dan mengemaskini fail dan rekod pelajar serta data pelajar agar terkini, lengkap dan tepat..

Ia melibatkan proses mengemaskini FPP pelajar dan proses mengemaskini butir diri pelajar dalam sistem iDBMS..Di akhir program ini didapati bahawa semua PA memberikan maklumbalas yang memuaskan terhadap pelaksanaan program ini..Ini juga dapat dilihat apabila hampir semua PA menyatakan bahawa mereka telah dapat mengemaskini FPP pelajar secara puratanya 85% telah siap dikemaskini..

Cadangan pada masa hadapan, program ini akan diteruskan pada setiap semester dan bilangan hari program juga perlu ditambah..Ini bagi membolehkan PA mendapat maklumat yang sama dan selaras serta dapat memberikan hasil kerja yang baik serta mengikut kehendak standard yang sepatutnya..



    LENSA-LENSA PROGRAM DAN RAGAM PA


Thursday, August 11, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai Pengambilan Pelajar KK, KPTM [26-28 Julai 2011], JPKK

Pada 26-28 Julai 2011 [Selasa-Khamis] telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai Pengambilan Pelajar KK, KPTM Bil 1/2011 di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Putrajaya..Semua Jawatankuasa Teknikal telah hadir bersama bagi membincangkan hal-hal serta isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan pengambilan pelajar..

Setiap jawatankuasa dilantik mewakili Zon-zon yang terdapat dalam senarai Kolej Komuniti..Tujuan jawatankuasa ini dibentuk adalah bagi membantu pihak pengurusan atasan terutamanya pengurusan di Bahagian Pengambilan Pelajar JPKK dalam melaksanakan proses serta urusan yang berkaitan dengan pengambilan pelajar di Kolej Komuniti khususnya agar berjalan dengan lancar, baik, teratur dan terancang..Jawatankuasa ini juga membantu dalam penyampaian dan perkongsian maklumat-maklumat terkini yang diperolehi daripada Bahagian Pengambilan Pelajar KK, KPTM kepada Kolej Komuniti di zon masing-masing..

Antara Jawatankuasa Teknikal Pengambilan Pelajar Tahun 2011 yang baharu dilantik adalah seperti senarai dibawah..
1.   En Mohd Fadzil Bin Ibrahim                [Pengerusi]
2.   Pn. Maslina Binti Abd. Rahim             [Setiausaha I]
3.   Pn. Marziah Binti Che Mansor            [Setiausaha II]
4.   Pn. Noraini Binti Mohd Banua            [Zon Utara]
5.   En. Azhan Zaki Bin Silim                   [Zon Selangor]
6.   En. Azhar Bin Kamardin                    [Zon Perak]
7.   Cik Siti Husoosani Binti Husain        [Zon Melaka, Negeri Sembilan]
8.   Cik Sanuzee Binti Shafie                   [Zon Johor]
9.   En.Mohd Zamrie Bin Saleh               [Zon Pahang]
10. En. Mohd Sofian Bin Yusoff            [Zon Terengganu/Kelantan]
11. En. Adi Amin Bin Sarkawi Sarie     [Zon Sarawak}
12. En. Mahadi Bin Ripin                      [Zon Sabah]












Ceramah "Kemasukan Pelajar Ke Kolej Komuniti, KPTM" [25 JULAI 2011]

Pegawai Pengambilan KKBD telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai "Kemasukan Pelajar Ke Kolej Komuniti" pada 25 Julai 2011 [Isnin], bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Malik, Alor Setar Kedah..Ceramah yang disampaikan selama sejam setengah itu bermula dari 8.30 pagi hingga 10.00 pagi telah disampaikan kepada 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan pelajar Tingkatan 5 daripada aliran Landskap dan Senibina juga aliran Masakan..

Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ini yang diselia oleh Guru Kanseling Sekolah iaitu En. Faisal dan dibantu oleh Guru Kelas pelajar berkenaan..Program ini dilihat sebagai satu langkah untuk membantu dalam memberi pendedahan serta laluan kepada pelajar untuk merancang masa depan selepas tamat persekolahan nanti..

Ceramah yang disampaikan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama pelajar Lepasan SPM mengenai peluang dan laluan untuk melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti..Fokus utama diletakkan pada laluan kemasukan pelajar ke program utama yang dilaksanakan di KKBD iaitu Program Sijil Modular Kebangsaan [SMK] selain daripada kursus Latihan 1Malaysia dan Kursus Pendek di bawah anjuran Unit Kursus Pendek KKBD..

Pelajar menunjukkan minat terhadap program-program yang ditawarkan di KKBD apabila ramai pelajar yang bertanyakan pelbagai soalan mengenai Kolej Komuniti amnya dan KKBD khususnya..

Para pelajar diperingkat ini sebenarnya memerlukan sokongan, dorongan dan bimbingan dari pelbagai pihak untuk membantu memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang-peluang yang berada di luar sana disamping mendorong mereka dalam menentukan halatuju kehidupan mereka selepas mereka tamat alam persekolahan kelak..

"Live for today by learning from yesterday, but aim for tomorrow by planning today"
~ Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj ~

LENSA-LENSA RAKAMAN













Tuesday, July 19, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 10/2011 : Permohonan Kemasukan Ambilan Oktober 2011

Untuk makluman semua, pendaftaran Ambilan Julai 2011 telah tamat pada 17 Julai 2011 (Ahad) yang lalu. Walaubagaimanapun, jika anda terlepas untuk memohon pada kemasukan Julai 2011 yang lalu, anda boleh mengemukakan permohonan kemasukan Ambilan Oktober 2011 nanti. Namun tidak semua SMK akan ditawarkan pada Ambilan Oktober ini.

Antara Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang ditawarkan pada Ambilan Oktober 2011 ialah:

1. SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 Bulan)

2. SMK Pengimbangan Dan Penjajaran Roda (3 Bulan).

SMK yang ditawarkan ini adalah berkaitan dengan bidang Servis Kenderaan Ringan (Automotif). Jika anda berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut, sila kemukakan PERMOHONAN dengan cara:

1. Beli NO. UNIK ID di BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) berharga RM 10.60
(Lepasan SPM untuk masuk ke Kolej Komuniti).

2. Layari Laman Web berikut untuk memohon secara on-line.
http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod/

3. ATAU Hadir ke UNIT HAL EHWAL PELAJAR dengan membawa bersama No. Unik ID tersebut untuk mengisi borang secara manual.

Tarikh Pendaftaran adalah dijangka pada 09 OKTOBER 2011 (AHAD).

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) di talian 04-9182 503 / 505..ATAU Unit HEP Kolej Komuniti yang berdekatan dengan anda..

Sekian dimaklumkan..

Wednesday, July 6, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 9/2011 : Tawaran RAYUAN Dan Tawaran SUSULAN

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengambilan Pelajar, Kolej Komuniti Bandar Darulaman sedang membuat TAWARAN RAYUAN dan TAWARAN SUSULAN kepada calon yang berminat untuk melanjutkan ke KKBD, KPTM..

Dimaklumkan bahawa kekosongan tempat ini masih TERBUKA kepada calon yang berminat tetapi TIDAK PERNAH MEMOHON sebelum ini..Sila beli NO PIN di BSN berharga RM 10.60 bawa bersama NO PIN tersebut ke UNIT HAL EHWAL PELAJAR dengan kadar segera untuk urusan penawaran dan pendaftaran..

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN adalah dilanjutkan sehingga 17 JULAI 2011 (AHAD)..

Senarai Program SMK yang masih terdapat kekosongan di KKBD

SMK Pendawaian Pembuluh (Permukaan Dan Tersembunyi) Dan Sesalur Tiga Fasa (4 bulan)
SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa (4 bulan)

SMK Lukisan Persembahan Senibina (6 bulan)
SMK Lukisan Kerja Senibina (6 bulan)
SMK Pembuatan Model Senibina (4 bulan)

SMK Rangkaian Komputer (5 bulan)

Kepada calon yang pernah mengemukakan RAYUAN atau TIDAK BERJAYA sebelum ini, sila SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN anda di laman web berikut

http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp

Jika keputusan permohonan anda masih TIDAK BERJAYA, sila hubungi terus Unit Hal Ehwal Pelajar KKBD di talian 04-9182503/505 dengan kadar segera untuk urusan penawaran dan pendaftaran..

Sekian, harap maklum..

Tuesday, July 5, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SMK SESI JULAI 2011

Pada hari ini 04 JULAI 2011 [ISNIN] bermula jam 8.30 pagi, telah berlangsung PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SMK SESI JULAI 2011 bagi Negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan..

Pendaftaran yang dilaksanakan di Perkarangan KKBD dan Dewan Syarahan KKBD menyaksikan seramai 174 orang pelajar telah mendaftar di KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, JITRA merangkumi 9 PROGRAM SMK, iaitu:

SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan; seramai 33 pelajar mendaftar.
SMK Pengimbangan Dan Penjajaran Roda; seramai 11 pelajar mendaftar.

SMK Pendawaiaan Permukaan Fasa Tunggal; seramai 35 pelajar mendaftar.
SMK Pendawaian Pembuluh (Permukaan Dan Tersembunyi) Dan Sesalur Tiga Fasa; seramai 10 pelajar mendaftar.
SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa; seramai 18 pelajar mendaftar.

SMK Lukisan Persembahan Senibina; seramai 13 pelajar mendaftar.
SMK Lukisan Kerja Senibina; seramai 9 pelajar mendaftar.
SMK Pembuatan Model Senibina; seramai 4 pelajar mendaftar.

SMK Pembangunan Rangkaian; seramai 43 pelajar mendaftar.

Dijangka sehingga ke tarikh akhir pendaftaran iaitu 14 JULAI 2011, bilangan pelajar yang mendaftar akan bertambah lagi..Ini kerana akan berlaku pertambahan pelajar apabila pelajar yang akan menyambung SMK seterusnya mendaftar pada 10 JULAI 2011 [AHAD] ini nanti..Bahagian Pengambilan KKBD juga akan membuat tawaran susulan yang KETIGA pada keesokannya bagi menambah lagi bilangan pelajar mendaftar sekurang-kurangnya bagi mencapai NORMA ambilan yang dicadangkan bagi Sesi Julai 2011 ini..InsyaAllah..

Semua pelajar yang mendaftar pada hari ini merupakan pelajar yang baharu mendaftar yang rata-rata kebanyakannya adalah terdiri daripada pemohon Lepasan SPM Tahun 2010..

Dengan minat yang ditunjukkan oleh para pelajar pada hari ini, diharapkan agar ianya berterusan dan terus mencapai ke kemuncak kejayaan..

Tidak lupa UCAPAN PENGHARGAAN Terima kasih kepada semua JAWATANKUASA PENDAFTARAN yang telah turut sama bertungkus lumus dalam membantu bagi menjayakan pendaftaran pelajar pada Sesi Julai 2011 ini. Sokongan dan kerjasama yang kalian berikan amatlah dihargai..

TAHNIAH! sekali lagi kepada semua pelajar yang telah berjaya ditawarkan dan didaftarkan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra Kedah ini..



LENSA-LENSA KAMERA

Monday, July 4, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 8/2011 : Tarikh-tarikh Pendaftaran Julai 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SMK JULAI 2011

04 JULAI 2011
ISNIN
8.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI
PERKARANGAN KKBD, DEWAN SYARAHAN KKBD


PENDAFTARAN PELAJAR TANGGUH PENGAJIAN

05 JULAI 2011
SELASA
8.30 PAGI - 5.00 PETANG
UNIT HAL EHWAL PELAJAR KKBD



PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEM 4

06 JULAI 2011
RABU
2.30 PETANG
DEWAN SYARAHAN KKBD



PENDAFTARAN PELAJAR SAMBUNG SMK

10 JULAI 2011
AHAD
8.30 PAGI
DEWAN SYARAHAN KKBD

Thursday, June 30, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 7/2011 : Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti [Rayuan-Walk In]

CALON YANG BELUM PERNAH MEMOHON

Bagi calon yang BELUM PERNAH MEMOHON kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI, KPTM sebelum ini, tetapi berminat untuk memohon masuk ke Kolej Komuniti, calon boleh mengemukakan RAYUAN PERMOHONAN kemasukan dengan cara:

1. Calon perlu membeli NO. PIN di BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) RM 10.60 (No. Pin tersebut akan dijual di BSN sehingga Oktober 2011).
2. Hadir sendiri / wakil ke Kolej Komuniti berhampiran berserta dengan NO. PIN tersebut untuk mengisi borang permohonan kemasukan. Calon juga boleh mengisi permohonan secara dalam talian (online) melalui laman sesawang

http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod/default_xie.asp

3. Sila bawa bersama salinan KAD PENGENALAN anda.

CALON YANG PERNAH MENGISI BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN TETAPI BELUM MENDAPAT JAWAPAN

Bagi calon yang PERNAH MEMOHON sebelum ini untuk kemasukan ke Kolej Komuniti tetapi masih belum mendapat jawapan / tawaran kemasukan, pemohon perlu menyemak keputusan RAYUAN KEMASUKAN melalui laman sesawang berikut

http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp

** Untuk makluman semua pemohon, permohonan rayuan kemasukan ini akan diproses oleh KOLEJ KOMUNITI yang dipohon jika;
1. Terdapat kekosongan tempat bagi kolej dan program yang dipohon.
2. Sebelum tarikh pendaftaran tiada kekosongan tempat, permohonan tersebut akan diproses selepas hari pendaftaran pelajar baharu Program SMK iaitu selepas 04/05 Julai 2011.


** Bagaimanapun, jika calon GAGAL DITAWARKAN pada kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI untuk SESI JULAI 2011 ini iaitu sehingga 14 JULAI 2011, calon jangan berputus asa, ini kerana data calon akan disimpan dan akan digunakan untuk tawaran kemasukan bagi sesi yang seterusnya.

Untuk makluman semua..Sekian..

Monday, June 20, 2011

Taklimat "Laluan Kemasukan Pelajar Ke IPT"

Pegawai Pengambilan KKBD telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat mengenai "Laluan Kemasukan Pelajar Ke IPT" daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR), Jitra Kedah pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Blok H sekolah tersebut..Taklimat telah disampikan hampir selama sejam setengah dari pukul 10.45 pagi hingga jam 12.15 tengahari..

Seramai hampir 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang telah menghadiri taklimat tersebut..

Program ini yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling yang diketuai oleh seorang Kaunselor dan diiringi oleh 3 orang guru..

Sepanjang taklimat disampaikan, para pelajar menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap pengisian taklimat tersebut..Ini dapat dilihat apabila ramai pelajar yang bertanya mengenai maklumat kemasukan ke Kolej Komuniti, maklumat mengenai kaedah cara belajar di Kolej Komuniti, ada juga yang bertanya mengenai etika pemakaian ketika belajar di kolej..

Namun begitu, ramai juga pelajar dan ada juga guru yang bertanya mengenai kursus yang dianjurkan di bawah Unit Kursus Pendek iaitu Kursus Latiahan 1Malaysia..Ramai pelajar yang berminat untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan termasuk kursus bahasa, kursus masakan dan kursus muzik..

Namun, di akhirnya apa yang diharapkan agar pelajar-pelajar yang hadir pada taklimat tersebut telah nampak halatuju mengenai kemasukan ke Kolej Komuniti serta telah jelas mengenai program yang diminati untuk diikuti di Kolej Komuniti..

Sebenarnya, apa yang dapat dilihat ialah para pelajar ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak supaya mereka mempunyai keyakinan diri untuk menentukan halatuju kehidupan mereka selepas tamat persekolahan agar dapatlah kiranya mereka ini menjadi tunggak kejayaan terhadap bangsa, agama dan negara suatu hari nanti..InsyaAllah..


LENSA-LENSA RAGAM PELAJAR

Tuesday, June 14, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 6/2011 : Rayuan Pertukaran Dan Rayuan Kemasukan Ambilan Julai 2011

RAYUAN KEMASUKAN PEMOHON YANG GAGAL DITAWARKAN

Makluman kepada semua pemohon, jika  anda GAGAL ditawarkan kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI, pemohon boleh mengemukakan RAYUAN KEMASUKAN dengan cara melayari laman web berikut:
http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp

Pemohon boleh menyemak permohonan rayuan kemasukan mulai 12 JUN 2011 melalui laman web di atas..Jika pemohon masih belum mendapat surat tawaran selepas 14 JULAI 2011, pemohon dianggap tidak berjaya dalam rayuan tersebut..Sila semak permohonan rayuan setiap hari..Rayuan permohonan kemasukan akan diproses oleh pihak kolej sekiranya masih terdapat kekosongan pada modular yang dimohon..



 RAYUAN PERTUKARAN KOLEJ / PROGRAM

Bagi pemohon yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Kolej Komuniti tetapi berhasrat untuk mohon tukar kolej atau program, pemohon boleh mengemukakan rayuan pertukaran melalui kolej yang ditawarkan..Pemohon perlu hadir sendiri atau hubungi Kolej Komuniti yang ingin mohon ditukar untuk bertanyakan samada masih terdapat kekosongan di kolej tersebut atau tidak..Jika terdapat kekosongan tempat pada modular dan kolej yang dimohon untuk pertukaran, rayuan tersebut akan diproses..Jika tiada tempat kekosongan, rayuan tersebut tidak akan diproses oleh kolej yang berkenaan..

Pemohon akan dihubungi oleh pihak kolej untuk memaklumkan mengenai keputusan rayuan pertukaran tersebut..Sila bawa bersama salinan surat tawaran asal semasa mengemukakan rayuan pertukaran tersebut di UNIT HAL EHWAL PELAJAR KK..

Untuk makluman,Permohonan Rayuan Kemasukan Ke KK dan Rayuan Pertukaran Kolej / Program akan diproses oleh pihak KK sekiranya terdapat kekosongan tempat pada kolej dan modular yang dipohon..Sekian..

Wednesday, June 1, 2011

Urusan Pemprosesan Pemilihan, Penawaran, Cetakan dan Post Surat Tawaran

Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah dilaksanakan mulai dari 18-25 Mei 2011..Sebanyak 390 orang pemohon telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman untuk sesi Ambilan Julai 2011 ini..

Bagi Ambilan Julai 2011 kali ini, KKBD telah menawarkan EMPAT Program utama yang dilaksanakan secara modular yang dikenali sebagai Sijil Modular Kebangsaan (SMK)..Pemilihan calon yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada pilihan pertama calon semasa memohon melalui UPU, berdasarkan juga kolej pilihan pemohon dan berdasarkan juga lokaliti pemohon serta berdasarkan pilihan-pilihan program calon yang dimohon ketika mengemukakan permohonan sebelum ini..

Program yang ditawarkan di KKBD pada Ambilan Julai 2011 adalah seperti berikut:-

PROGRAM SERVIS KENDERAAN RINGAN
1. SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 bulan)
2. SMK Pengimbangan dan Penjajaran Roda (3 bulan)
3. SMK Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stering dan Brek (6 bulan)
4. SMK Penyelenggaraan Sistem Penghantaran (6 bulan)

PROGRAM PEMASANGAN ELEKTRIK
1. SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (4 bulan)
2. SMK Pendawaian Pembuluh Dan Sesalur Fasa Tunggal (4 bulan)
3. SMK Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan Sesalur Tiga Fasa (4 bulan)
4. SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa (4 bulan)

PROGRAM LUKISAN SENIBINA
1. SMK Lukisan Persembahan Senibina (6 bulan)
2. SMK Lukisan Kerja Senibina (6 bulan)
3. SMK Pembuatan Model Senibina (4 bulan)

PROGRAM RANGKAIAN KOMPUTER
1. SMK Pembangunan Rangkaian (5 bulan)
2. SMK Penstrukturan Rangkaian (5 bulan)


TAHNIAH!! Kepada pemohon yang berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, JITRA KEDAH..


LENSA-LENSA KAMERA

Sunday, May 29, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 5/2011 : Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti Ambilan Julai 2011

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman bagi Ambilan Julai 2011 boleh disemak oleh calon mulai 21 Mei 2011 di laman sesawang berikut:
http://upu.mohe.gov.my/

Laman sesawang UPU ini hanya memaparkan program Kolej Komuniti yang ditawarkan kepada calon yang berjaya.


Bagi calon yang berjaya, calon boleh menyemak program dan kolej mana yang ditawarkan dan surat tawaran boleh di cetak di laman sesawang berikut mulai 25 Mei 2011:
http://www.jpkk.edu.my/


 Bagi calon yang tidak berjaya dalam permohonan, calon boleh mengemukakan RAYUAN melalui laman web di atas mulai 26 Mei 2011. Keputusan rayuan akan diketahui oleh calon pada minggu ketiga Jun 2011 (12 Jun 2011).


 Bagi calon yang tidak pernah mengemukakan permohonan secara online daripada laman sesawang UPU atau laman sesawang JPKK, calon perlu membeli NO UNIK ID RM 10.60 di BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) dan kemukakan No Unik ID tersebut ke Unit HEP Kolej Komuniti untuk mengisi borang permohonan kemasukan. Calon ini dikategorikan sebagai calon WALK-IN (RAYUAN). Calon ini akan ditawarkan kemasukan jika terdapat kekosongan tempat di Kolej Komuniti bagi program SMK yang dipohon.


 TARIKH-TARIKH PENTING :-
Tarikh Tawaran : 22 Mei 2011
Tarikh Mendaftar : 04 Julai 2011 (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
05 Julai 2011 (selain negeri di atas)
Semakan Surat Tawaran : mulai 25 Mei 2011
Tarikh Rayuan : mulai 26 Mei 2011
Keputusan Rayuan : mulai minggu ketiga Jun 2011 (12 Jun 2011)
Tarikh Akhir Pendaftaran : 16/17 Julai 2011


SILA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN ANDA DI LAMAN SESAWANG:
hhtp://jpkk.edu.my atau
http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp



** Hanya pemohon yang memohon melalui laman sesawang UPU sahaja ditawarkan untuk ambilan Julai 2011 oleh UPU..Pemohon yang tidak memohon melalui UPU sebelum ini akan dikategorikan sebagai pemohon rayuan..


** Kepada pemohon yang berjaya ditawarkan, pemohon boleh MENCETAK SURAT TAWARAN di laman web JPKK seperti alamat di atas..Sila kembalikan BORANG TERIMAAN JAWAPAN (BJT) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran..Jika pemohon gagal berbuat demikian, pemohon dianggap menolak tawaran tersebut dan pihak kolej akan membuka tawaran kepada pemohon yang membuat rayuan kemasukan..


Jika mempunyai sebarang masalah, sila hubungi UNIT HAL EHWAL PELAJAR (UHEP) KKBD di talian 04-9182503/505/515 pada waktu pejabat..atau hubungi Unit HEP di Kolej Komuniti yang berdekatan dengan tempat tinggal anda..Sekian dimaklumkan..

Friday, April 29, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 4/2011 : Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti Julai 2011

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI AMBILAN JULAI 2011 melalui UPU telah ditutup pada 04 April 2011 yang lalu..Namun jika terdapat pemohon yang terlepas untuk memohon kemasukan melalui UPU, pemohon masih boleh memohon melalui LAMAN WEB RASMI JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI yang dibuka secara rasmi pada mulai 27 April 2011..

Kemukakan permohonan melalui laman web di bawah ini..
(SILA GUNAKAN PELAYAR WEB INTERNET EXPLORER untuk paparan terbaik)

http://jpkk.edu.my/ atau

Pemohon yang memohon melalui laman web di atas juga perlu membeli No. PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM 10.60 sahaja..Pastikan No. PIN yang dibeli bermula dengan angka 16--- atau 19---..No. PIN di BSN akan dijual sehingga OKTOBER 2011..

SENARAI PROGRAM SMK YANG DITAWARKAN DI KKBD UNTUK AMBILAN JULAI 2011:

SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
SMK PENYELENGGARAAN KENDERAAN RINGAN (3 BULAN)
SMK PENGIMBANGAN DAN PENJAJARAN RODA (3 BULAN)
SMK PENYELENGGARAAN SISTEM GANTUNGAN, STERING DAN BREK (6 BULAN)

SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK
SMK PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL (4 BULAN)
SMK MESIN ELEKTRIK TIGA FASA (4 BULAN)
SMK PENDAWAIAN PEMBULUH DAN SESALUR FASA TUNGGAL (4 BULAN)

SIJIL LUKISAN SENIBINA
SMK LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA (6 BULAN)
SMK LUKISAN KERJA SENIBINA (6 BULAN)

SIJIL RANGKAIAN KOMPUTER
SMK PEMBANGUNAN RANGKAIAN (5 BULAN)

SIJIL PENGENDALIAN PELANCONGAN (CAWANGAN JERAI)
SMK PEMANDUAN PELANCONGAN BANDAR (6 BULAN)
SMK PEMANDU PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI (6 BULAN)

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini boleh hubungi UNIT HAL EHWAL PELAJAR KKBD di talian 04-9182503/505 pada waktu pejabat..

Kepada pemohon yang ingin memohon kursus SMK selain di KKBD atau ingin memohon kursus selain kursus yang ditawarkan di KKBD, sila hubungi UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI  berhampiran anda..

SYARAT KEMASUKAN:
- WARGANEGARA MALAYSIA.
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. 

SEKIAN, HARAP MAKLUM..

Sunday, April 17, 2011

Pendaftaran Pelajar SMK Ambilan April 2011

Selaras dengan perancangan Takwim Pengambilan Pelajar SMK Tahun 2011, dimana pengambilan pelajar SMK adalah sebanyak 4 kali setahun. Iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober..Pada April 2011 KKBD telah melaksanakan ambilan pelajar SMK bagi program Sijil Servis Kenderaan Ringan..

Tarikh Pendaftaran : 10 April 2011 (Ahad)
SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan
Seramai 13 orang pelajar yang telah mendaftar..Pelajar yang mendaftar ini merujuk kepada pelajar baharu..

Tarikh Pendaftaran : 10 April 2011 (Ahad)
SMK Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stering Dan Brek
Seramai 59 orang pelajar mendaftar..Pelajar yang mendaftar ini adalah merupakan pelajar yang telah tamat SMK Pengimbangan Dan Penjajaran Roda Ambilan Nov 2010.

Tarikh Pendaftaran : 14 April 2011 (Khamis)
SMK Pengimbangan Dan Penjajaran Roda
Seramai 60 orang pelajar mendaftar..Pelajar yang mendaftar ini merupakan pelajar yang telah tamat SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan Ambilan Nov 2010 dan Jan 2011..

Namun begitu, Sijil Pemasangan Elektrik juga telah dilaksanakan pengambilan pelajar berdasarkan kesediaan kurikulum dan kesedian kolej untuk melaksanakan pnp bagi pelajar SMK ini..

Program Sijil Pemasangan Elektrik
Tarikh Pendaftaran : 20 Mac 2011 (Ahad)
SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa
Seramai 22 orang pelajar yang telah mendaftar..Pelajar yang mendaftar merupakan pelajar yang telah tamat SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal Ambilan Nov 2010..


Friday, April 15, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 3/2011 : Permohonan Rayuan "WALK-IN"

Permohonan kemasukan Sijil SMK ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman melalui sistem permohonan setempat UPU telah ditutup pada 04 April 2011 yang lalu..Namun begitu jika terdapat pemohon yang tidak berkesempatan memohon melalui sistem permohonan setempat UPU tempoh hari, bolehlah datang ke Unit Hal Ehwal Pelajar KKBD dengan membawa No. Unik ID RM 10.60 yang dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemohon perlu mengisi borang rayuan WALK-IN yang disediakan di HEP..

Pemohon yang memohon selepas tarikh tutup permohonan adalah dikategorikan sebagai pemohon rayuan atau dipanggil Walk-In..Pemohon kategori ini masih boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke Unit HEP dengan kaedah mengisi borang..Namun nama pemohon ini akan disenaraikan sebagai pemohon rayuan dimana senarai nama ini akan digunakan jika bilangan pemohon yang memohon melalui UPU tidak mencukupi..Tetapi jika terdapat permohonan berlebihan melalui UPU, pemohon yang dikategorikan sebagai pemohon walk-in ini akan disenaraikan sebagai calon simpanan untuk ambilan seterusnya..Harap maklum..

Saturday, March 5, 2011

Taklimat "Halatuju Dan Laluan Kemasukan Pelajar" KK, KPTM

Taklimat mengenai "Halatuju Dan Laluan Kemasukan Pelajar" ke Kolej Komuniti, KPTM.
Anjuran Unit Kaunseling SMA Hidayah Islamiah sempena dengan "Bengkel Kerjaya Pelajar".
Bertempat di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Air Hitam, Kedah.
Bertarikh pada 04 Mac 2011 (Jumaat), dari Jam 09.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pelajar seramai 65 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
Guru seramai 2 orang yang terdiri daripada Guru Kanan Kemanusiaan dan Kaunselor Sekolah.

Di akhir taklimat ini didapati bahawa 95% pelajar telah menunjukkan minat untuk mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dengan mengisi borang soal selidik minat pelajar yang disertakan. Hasil daripada taklimat ini juga, didapati bahawa pelajar dan guru di sekolah ini sebenarnya sebelum ini tidak mengetahui secara mendalam kursus-kursus yang dilaksanakan di Kolej Komuniti baik dari segi kursus sepenuh masa SMK mahupun kursus dalam Program Kelas 1 Malaysia..

Selepas daripada ini diharapkan agar pihak sekolah dapat menguruskan pelajar untuk mengikuti kursus di Kolej sekurang-kurangnya kursus di bawah anjuran Program Kelas 1 Malaysia bagi memastikan bahawa pelajar di sekolah ini mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan berdasarkan keperluan semasa sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran kerjaya di luar sana kelak..

Tuesday, March 1, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 2/2011 : Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti Ambilan Julai 2011

PERHATIAN
MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI
MULAI AMBILAN JULAI 2011
PERMOHONAN MELALUI LAMAN WEB UPU

http://upu.mohe.gov.my/

MULAI AMBILAN JULAI 2011, KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI KPTM ADALAH MELALUI UPU.

 KLIK PADA ALAMAT LAMAN WEB UPU (SEPERTI DI ATAS).

KLIK APLIKASI PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF FASA 2 SESI AKADEMIK 2011/2012.

KLIK KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA), INSTITUSI LATIHAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (TEVT), INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA).

 
 LENGKAPKAN MAKLUMAT PERMOHONAN.

** SETIAP PERMOHONAN MESTILAH MEMPUNYAI NO UNIK ID YANG DIBELI MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) RM 10.60.

~~TARIKH TUTUP PERMOHONAN 04 APRIL 2011~~

SENARAI SMK YANG DITAWARKAN SESI JULAI 2011 DI KKBD


EE1TPP03M010Penyelenggaraan Kenderaan Ringan
EE1TPP03M020Pengimbangan dan Penjajaran Roda
EE1TPP03M030Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stering dan Brek
EE1TPP03M040Penyelenggaraan Sistem Penghantaran
EE1EEP04M010Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal
EE1EEP04M020Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Fasa Tunggal
EE1EEP04M030Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan Sesalur Tiga Fasa
EE1EEP04M040Kawalan Motor Elektrik
EE1BCP18M010Lukisan Persembahan Senibina
EE1BCP18M020Lukisan Kerja Senibina
EE1ITP21M010Pembangunan Rangkaian
EE1ITP21M020Penstrukturan Rangkaian
EE1MCP23M010Rekabentuk Produk
EE1MCP23M020Kimpalan Arka Dan TIG

Sunday, January 23, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 1/2011 : Permohonan Kemasukan Ke IPTA TEVT dan ILKA

Untuk makluman semua,

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 02 April 2010 telah memutuskan bahawa mulai Tahun 2011, permohonan dan pemilihan kemasukan ke program Sijil dan Diploma Lepasan SPM/Setaraf bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Insitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan diuruskan oleh BPKP, JPT yang menjadi Pusat Pengambilan Setempat.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara on-line melalui lama web UPU. Pemohon harus membeli Nombor UNIK ID RM 10.60 di BSN untuk melengkapkan permohonan. Tarikh permohonan adalah mulai 10 JANUARI 2011 hingga 04 APRIL 2011. Data pemohon akan digunakan untuk kemasukan ke KK mulai Julai 2011. SMK yang akan ditawarkan untuk Ambilan Julai 2011 di KKBD adalah seperti berikut:-
  1. Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (P03)
    1. SMK 1 - Penyelenggaraan Kenderaan Ringan 
    2. SMK 2 - Pengimbangan dan Penjajaran Roda
    3. SMK 3 - Penyelenggaraan Sistem Gantungan Stering dan Brek
  2. Program Sijil Pemasangan Elektrik (P04)
    1. SMK 1 - Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal
    2. SMK 2 - Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Tiga Fasa
  3. Program Sijil Lukisan Senibina (P18)
    1. SMK 1 - Lukisan Persembahan Senibina
    2. SMK 2 - Lukisan Kerja Senibina
  4. Program Sijil Rangkaian Komputer (P21)
    1. SMK 1 - Pembangunan Rangkaian
 Laman Web UPU : http://upu.mohe.gov.my/

Friday, January 21, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JANUARI 2011

Pada 10 Januari 2011(Isnin) telah berlangsung Pendaftaran Pelajar Baharu Ambilan Januari 2011 di KKBD. Seramai 81 orang pelajar telah mendaftar pada sesi kali ini yang melibatkan 3 Sijil Modular Kebangsaan iaitu SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (34 pelajar), SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (27 pelajar) dan SMK Lukisan Persembahan Senibina (20 pelajar).

Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan proses pendaftaran pelajar ini berjalan lancar seperti yang dirancang..Kerjasama daripada semua adalah amat dihargai..

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum wbr.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin kurniaNya maka wujudlah blog daripada Bahagian Pengambilan Pelajar KKBD. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar untuk perkongsian maklumat / informasi terkini mengenai perkara-perkara yang ingin disampaikan kepada semua daripada Pengambilan Pelajar di KKBD. Dengan harapan agar dapatlah sekiranya rakan-rakan memberi idea atau pandangan yang dapat meningkatkan lagi keupayaan kerja kami di bahagian pengambilan ini khususnya.