Sunday, January 23, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 1/2011 : Permohonan Kemasukan Ke IPTA TEVT dan ILKA

Untuk makluman semua,

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 02 April 2010 telah memutuskan bahawa mulai Tahun 2011, permohonan dan pemilihan kemasukan ke program Sijil dan Diploma Lepasan SPM/Setaraf bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Insitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan diuruskan oleh BPKP, JPT yang menjadi Pusat Pengambilan Setempat.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara on-line melalui lama web UPU. Pemohon harus membeli Nombor UNIK ID RM 10.60 di BSN untuk melengkapkan permohonan. Tarikh permohonan adalah mulai 10 JANUARI 2011 hingga 04 APRIL 2011. Data pemohon akan digunakan untuk kemasukan ke KK mulai Julai 2011. SMK yang akan ditawarkan untuk Ambilan Julai 2011 di KKBD adalah seperti berikut:-
  1. Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (P03)
    1. SMK 1 - Penyelenggaraan Kenderaan Ringan 
    2. SMK 2 - Pengimbangan dan Penjajaran Roda
    3. SMK 3 - Penyelenggaraan Sistem Gantungan Stering dan Brek
  2. Program Sijil Pemasangan Elektrik (P04)
    1. SMK 1 - Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal
    2. SMK 2 - Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Tiga Fasa
  3. Program Sijil Lukisan Senibina (P18)
    1. SMK 1 - Lukisan Persembahan Senibina
    2. SMK 2 - Lukisan Kerja Senibina
  4. Program Sijil Rangkaian Komputer (P21)
    1. SMK 1 - Pembangunan Rangkaian
 Laman Web UPU : http://upu.mohe.gov.my/

Friday, January 21, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN JANUARI 2011

Pada 10 Januari 2011(Isnin) telah berlangsung Pendaftaran Pelajar Baharu Ambilan Januari 2011 di KKBD. Seramai 81 orang pelajar telah mendaftar pada sesi kali ini yang melibatkan 3 Sijil Modular Kebangsaan iaitu SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (34 pelajar), SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (27 pelajar) dan SMK Lukisan Persembahan Senibina (20 pelajar).

Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan proses pendaftaran pelajar ini berjalan lancar seperti yang dirancang..Kerjasama daripada semua adalah amat dihargai..

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum wbr.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin kurniaNya maka wujudlah blog daripada Bahagian Pengambilan Pelajar KKBD. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar untuk perkongsian maklumat / informasi terkini mengenai perkara-perkara yang ingin disampaikan kepada semua daripada Pengambilan Pelajar di KKBD. Dengan harapan agar dapatlah sekiranya rakan-rakan memberi idea atau pandangan yang dapat meningkatkan lagi keupayaan kerja kami di bahagian pengambilan ini khususnya.