Wednesday, January 25, 2012

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 1/2012 : Permohonan Kemasukan KK Ambilan APRIL 2012

Untuk makluman semua, Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti bagi program SMK adalah 4 kali setahun iaitu pada JANUARI, APRIL, JULAI DAN OKTOBER..

Oleh yang demikian, PERMOHONAN KEMASUKAN AMBILAN APRIL 2012 telah dibuka sekarang permohonannya..


PROGRAM YANG DITAWARKAN DI KKBD
SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan [3 bulan]
SMK Pengimbangan dan Penjajaran Roda [3 bulan]

SYARAT KEMASUKAN
1. Warganegara MALAYSIA
2. Berumur 17 tahun ke atas.


** Pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM amatlah digalakkan untuk memohon..


CARA UNTUK MEMOHON

1. LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN

2. MENGISI BORANG MANUAL

Dengan hadir sendiri ke UNIT HAL EHWAL PELAJAR (UHEP) KK yang berdekatan dengan tempat tinggal anda..



  • ELAUN WANG SAKU RM 250.00 SEBULAN disediakan kepada pelajar yang layak.
  • YURAN PENGAJIAN RM 10.00 SEBULAN.
  • Masa dan tempat pembelajaran yang lebih fleksibel.
SEGERA kemukakan permohonan anda untuk kemasukan ke Kolej Komuniti..Jangan ketinggalan..Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti berdekatan atau terus hubungi kami Unit Hal Ehwal Pelajar KKBD di talian 04-9182 503/505/515..

TEMPAT ADALAH TERHAD!!..SEGERA MEMOHON..

Pendaftaran Pelajar Ambilan Januari 2012..

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SMK DAN PELAJAR LANJUT SMK

Tarikh : 09 Jan 2012 [Isnin]
Masa   : 8.30 pagi [Pelajar Baharu SMK]
            : 2.30 petang [Pelajar Lanjut SMK]
Tempat : Perkarangan KKBD, Dewan Syarahan KKBD.

Pendaftaran Pelajar Baharu SMK dan Pelajar Lanjut SMK KKBD telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya pada tarikh yang ditetapkan..Pada mulanya seramai 97 pelajar baharu telah mendaftar mewakili 6 program SMK yang ditawarkan..Tetapi hingga ke hari akhir pendaftaran bilangan pelajar telah bertambah seramai 144 pelajar baharu yang mendaftar..

Manakala Pendaftaran Pelajar Lanjut SMK yang telah didaftarkan pada pra-pendaftaran Disember 2011 adalah seramai 240 pelajar..Dan bilangan mendaftar terus meningkat kepada 400 pelajar sehingga tarikh tamat pendaftaran iaitu pada 19 Januari 2012 [Khamis] yang lalu.

Statistik Pendaftaran Pelajar SMK KKBD Ambilan Januari 2012 adalah seperti yang dilampirkan ini..
 


Program SMK yang ditawarkan Ambilan Januari 2012 ini adalah seperti berikut:-

SERVIS KENDERAAN RINGAN
SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan [3 bulan]
SMK Penyelenggaraan Sistem Gantungan Stering dan Brek [6 bulan]
SMK Rombak Rawat Enjin Berbilang Silinder [6 bulan]

PEMASANGAN ELEKTRIK
SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal [4 bulan]
SMK Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Fasa Tunggal [4 bulan]
SMK Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan Sesalur Tiga Fasa [4 bulan]
SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa [4 bulan]
SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri [4 bulan]

LUKISAN SENIBINA
SMK Lukisan Persembahan Senibina [6 bulan]
SMK Lukisan Kerja Senibina [6 bulan]
SMK Pembuatan Model Senibina [4 bulan]

RANGAKAIAN KOMPUTER
SMK Pembangunan Rangkaian [5 bulan]
SMK Penstrukturan Rangkaian [5 bulan]


PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR [SEM 4] PROGRAM SKK

Tarikh : 10 Januari 2012 [Selasa]
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Syarahan KKBD

Seramai 147 orang pelajar program sepenuh masa Sijil Kolej Komuniti telah mendaftar pada sesi kali ini..Pelajar ini merangkumi program Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Sistem Komputer dan Sokongan dan Sijil Pelukis Pelan Senibina..


Proses pendaftaran pelajar kali ini dilaksanakan dengan lancar dan jayanya dengan bantuan dan sokongan daripada pihak Pengurusan Kolej dan Jawatankuasa Pendafataran yang telah dilantik..Jasa dan sokongan kalian amat dihargai..Semua staff akademik dan staff sokongan telah dilibatkan sebagai jawatankuasa samada secara langsung atau tidak langsung..Terima Kasih sekali lagi..


LENSA-LENSA MENARIK SEPANJANG HARI PENDAFTARAN PELAJAR

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SMK





PENDAFTARAN PELAJAR SAMBUNG SMK













PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEM 4



Kredit kepada Pegawai Multimedia atas gambar-gambar yang telah diambil sepanjang hari pendaftaran berlangsung..