Friday, August 12, 2011

Program 1Hari Bersama Penasihat Akademik - PA [09 Ogos 2011]

Pada 09 Ogos 2011 [Selasa] telah berlangsung Program 1Hari Bersama Penasihat Akademik [PA] yang dianjurkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar, Unit Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran [KJKK]..Program ini telah dilaksanakan selama satu hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KKBD..

Seramai 38 PA telah menghadiri dan memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan program ini..Program ini baru pertama kali diadakan dan tujuannya adalah untuk memberikan satu panduan yang jelas dan untuk memandu Penasihat Akademik dalam menyediakan dan mengemaskini fail dan rekod pelajar serta data pelajar agar terkini, lengkap dan tepat..

Ia melibatkan proses mengemaskini FPP pelajar dan proses mengemaskini butir diri pelajar dalam sistem iDBMS..Di akhir program ini didapati bahawa semua PA memberikan maklumbalas yang memuaskan terhadap pelaksanaan program ini..Ini juga dapat dilihat apabila hampir semua PA menyatakan bahawa mereka telah dapat mengemaskini FPP pelajar secara puratanya 85% telah siap dikemaskini..

Cadangan pada masa hadapan, program ini akan diteruskan pada setiap semester dan bilangan hari program juga perlu ditambah..Ini bagi membolehkan PA mendapat maklumat yang sama dan selaras serta dapat memberikan hasil kerja yang baik serta mengikut kehendak standard yang sepatutnya..



    LENSA-LENSA PROGRAM DAN RAGAM PA


Thursday, August 11, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai Pengambilan Pelajar KK, KPTM [26-28 Julai 2011], JPKK

Pada 26-28 Julai 2011 [Selasa-Khamis] telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai Pengambilan Pelajar KK, KPTM Bil 1/2011 di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Putrajaya..Semua Jawatankuasa Teknikal telah hadir bersama bagi membincangkan hal-hal serta isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan pengambilan pelajar..

Setiap jawatankuasa dilantik mewakili Zon-zon yang terdapat dalam senarai Kolej Komuniti..Tujuan jawatankuasa ini dibentuk adalah bagi membantu pihak pengurusan atasan terutamanya pengurusan di Bahagian Pengambilan Pelajar JPKK dalam melaksanakan proses serta urusan yang berkaitan dengan pengambilan pelajar di Kolej Komuniti khususnya agar berjalan dengan lancar, baik, teratur dan terancang..Jawatankuasa ini juga membantu dalam penyampaian dan perkongsian maklumat-maklumat terkini yang diperolehi daripada Bahagian Pengambilan Pelajar KK, KPTM kepada Kolej Komuniti di zon masing-masing..

Antara Jawatankuasa Teknikal Pengambilan Pelajar Tahun 2011 yang baharu dilantik adalah seperti senarai dibawah..
1.   En Mohd Fadzil Bin Ibrahim                [Pengerusi]
2.   Pn. Maslina Binti Abd. Rahim             [Setiausaha I]
3.   Pn. Marziah Binti Che Mansor            [Setiausaha II]
4.   Pn. Noraini Binti Mohd Banua            [Zon Utara]
5.   En. Azhan Zaki Bin Silim                   [Zon Selangor]
6.   En. Azhar Bin Kamardin                    [Zon Perak]
7.   Cik Siti Husoosani Binti Husain        [Zon Melaka, Negeri Sembilan]
8.   Cik Sanuzee Binti Shafie                   [Zon Johor]
9.   En.Mohd Zamrie Bin Saleh               [Zon Pahang]
10. En. Mohd Sofian Bin Yusoff            [Zon Terengganu/Kelantan]
11. En. Adi Amin Bin Sarkawi Sarie     [Zon Sarawak}
12. En. Mahadi Bin Ripin                      [Zon Sabah]












Ceramah "Kemasukan Pelajar Ke Kolej Komuniti, KPTM" [25 JULAI 2011]

Pegawai Pengambilan KKBD telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai "Kemasukan Pelajar Ke Kolej Komuniti" pada 25 Julai 2011 [Isnin], bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Malik, Alor Setar Kedah..Ceramah yang disampaikan selama sejam setengah itu bermula dari 8.30 pagi hingga 10.00 pagi telah disampaikan kepada 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan pelajar Tingkatan 5 daripada aliran Landskap dan Senibina juga aliran Masakan..

Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ini yang diselia oleh Guru Kanseling Sekolah iaitu En. Faisal dan dibantu oleh Guru Kelas pelajar berkenaan..Program ini dilihat sebagai satu langkah untuk membantu dalam memberi pendedahan serta laluan kepada pelajar untuk merancang masa depan selepas tamat persekolahan nanti..

Ceramah yang disampaikan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama pelajar Lepasan SPM mengenai peluang dan laluan untuk melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti..Fokus utama diletakkan pada laluan kemasukan pelajar ke program utama yang dilaksanakan di KKBD iaitu Program Sijil Modular Kebangsaan [SMK] selain daripada kursus Latihan 1Malaysia dan Kursus Pendek di bawah anjuran Unit Kursus Pendek KKBD..

Pelajar menunjukkan minat terhadap program-program yang ditawarkan di KKBD apabila ramai pelajar yang bertanyakan pelbagai soalan mengenai Kolej Komuniti amnya dan KKBD khususnya..

Para pelajar diperingkat ini sebenarnya memerlukan sokongan, dorongan dan bimbingan dari pelbagai pihak untuk membantu memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang-peluang yang berada di luar sana disamping mendorong mereka dalam menentukan halatuju kehidupan mereka selepas mereka tamat alam persekolahan kelak..

"Live for today by learning from yesterday, but aim for tomorrow by planning today"
~ Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj ~

LENSA-LENSA RAKAMAN