Showing posts with label Aktiviti Pengambilan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pengambilan. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Program 1Hari Bersama Penasihat Akademik - PA [09 Ogos 2011]

Pada 09 Ogos 2011 [Selasa] telah berlangsung Program 1Hari Bersama Penasihat Akademik [PA] yang dianjurkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar, Unit Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran [KJKK]..Program ini telah dilaksanakan selama satu hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KKBD..

Seramai 38 PA telah menghadiri dan memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan program ini..Program ini baru pertama kali diadakan dan tujuannya adalah untuk memberikan satu panduan yang jelas dan untuk memandu Penasihat Akademik dalam menyediakan dan mengemaskini fail dan rekod pelajar serta data pelajar agar terkini, lengkap dan tepat..

Ia melibatkan proses mengemaskini FPP pelajar dan proses mengemaskini butir diri pelajar dalam sistem iDBMS..Di akhir program ini didapati bahawa semua PA memberikan maklumbalas yang memuaskan terhadap pelaksanaan program ini..Ini juga dapat dilihat apabila hampir semua PA menyatakan bahawa mereka telah dapat mengemaskini FPP pelajar secara puratanya 85% telah siap dikemaskini..

Cadangan pada masa hadapan, program ini akan diteruskan pada setiap semester dan bilangan hari program juga perlu ditambah..Ini bagi membolehkan PA mendapat maklumat yang sama dan selaras serta dapat memberikan hasil kerja yang baik serta mengikut kehendak standard yang sepatutnya..



    LENSA-LENSA PROGRAM DAN RAGAM PA


Thursday, August 11, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai Pengambilan Pelajar KK, KPTM [26-28 Julai 2011], JPKK

Pada 26-28 Julai 2011 [Selasa-Khamis] telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pegawai Pengambilan Pelajar KK, KPTM Bil 1/2011 di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Putrajaya..Semua Jawatankuasa Teknikal telah hadir bersama bagi membincangkan hal-hal serta isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan pengambilan pelajar..

Setiap jawatankuasa dilantik mewakili Zon-zon yang terdapat dalam senarai Kolej Komuniti..Tujuan jawatankuasa ini dibentuk adalah bagi membantu pihak pengurusan atasan terutamanya pengurusan di Bahagian Pengambilan Pelajar JPKK dalam melaksanakan proses serta urusan yang berkaitan dengan pengambilan pelajar di Kolej Komuniti khususnya agar berjalan dengan lancar, baik, teratur dan terancang..Jawatankuasa ini juga membantu dalam penyampaian dan perkongsian maklumat-maklumat terkini yang diperolehi daripada Bahagian Pengambilan Pelajar KK, KPTM kepada Kolej Komuniti di zon masing-masing..

Antara Jawatankuasa Teknikal Pengambilan Pelajar Tahun 2011 yang baharu dilantik adalah seperti senarai dibawah..
1.   En Mohd Fadzil Bin Ibrahim                [Pengerusi]
2.   Pn. Maslina Binti Abd. Rahim             [Setiausaha I]
3.   Pn. Marziah Binti Che Mansor            [Setiausaha II]
4.   Pn. Noraini Binti Mohd Banua            [Zon Utara]
5.   En. Azhan Zaki Bin Silim                   [Zon Selangor]
6.   En. Azhar Bin Kamardin                    [Zon Perak]
7.   Cik Siti Husoosani Binti Husain        [Zon Melaka, Negeri Sembilan]
8.   Cik Sanuzee Binti Shafie                   [Zon Johor]
9.   En.Mohd Zamrie Bin Saleh               [Zon Pahang]
10. En. Mohd Sofian Bin Yusoff            [Zon Terengganu/Kelantan]
11. En. Adi Amin Bin Sarkawi Sarie     [Zon Sarawak}
12. En. Mahadi Bin Ripin                      [Zon Sabah]












Wednesday, June 1, 2011

Urusan Pemprosesan Pemilihan, Penawaran, Cetakan dan Post Surat Tawaran

Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah dilaksanakan mulai dari 18-25 Mei 2011..Sebanyak 390 orang pemohon telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman untuk sesi Ambilan Julai 2011 ini..

Bagi Ambilan Julai 2011 kali ini, KKBD telah menawarkan EMPAT Program utama yang dilaksanakan secara modular yang dikenali sebagai Sijil Modular Kebangsaan (SMK)..Pemilihan calon yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada pilihan pertama calon semasa memohon melalui UPU, berdasarkan juga kolej pilihan pemohon dan berdasarkan juga lokaliti pemohon serta berdasarkan pilihan-pilihan program calon yang dimohon ketika mengemukakan permohonan sebelum ini..

Program yang ditawarkan di KKBD pada Ambilan Julai 2011 adalah seperti berikut:-

PROGRAM SERVIS KENDERAAN RINGAN
1. SMK Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 bulan)
2. SMK Pengimbangan dan Penjajaran Roda (3 bulan)
3. SMK Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stering dan Brek (6 bulan)
4. SMK Penyelenggaraan Sistem Penghantaran (6 bulan)

PROGRAM PEMASANGAN ELEKTRIK
1. SMK Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (4 bulan)
2. SMK Pendawaian Pembuluh Dan Sesalur Fasa Tunggal (4 bulan)
3. SMK Pendawaian Pembuluh (Permukaan dan Tersembunyi) dan Sesalur Tiga Fasa (4 bulan)
4. SMK Mesin Elektrik Tiga Fasa (4 bulan)

PROGRAM LUKISAN SENIBINA
1. SMK Lukisan Persembahan Senibina (6 bulan)
2. SMK Lukisan Kerja Senibina (6 bulan)
3. SMK Pembuatan Model Senibina (4 bulan)

PROGRAM RANGKAIAN KOMPUTER
1. SMK Pembangunan Rangkaian (5 bulan)
2. SMK Penstrukturan Rangkaian (5 bulan)


TAHNIAH!! Kepada pemohon yang berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, JITRA KEDAH..


LENSA-LENSA KAMERA