Friday, April 29, 2011

INFO PENGAMBILAN PELAJAR 4/2011 : Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti Julai 2011

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI AMBILAN JULAI 2011 melalui UPU telah ditutup pada 04 April 2011 yang lalu..Namun jika terdapat pemohon yang terlepas untuk memohon kemasukan melalui UPU, pemohon masih boleh memohon melalui LAMAN WEB RASMI JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI yang dibuka secara rasmi pada mulai 27 April 2011..

Kemukakan permohonan melalui laman web di bawah ini..
(SILA GUNAKAN PELAYAR WEB INTERNET EXPLORER untuk paparan terbaik)

http://jpkk.edu.my/ atau

Pemohon yang memohon melalui laman web di atas juga perlu membeli No. PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM 10.60 sahaja..Pastikan No. PIN yang dibeli bermula dengan angka 16--- atau 19---..No. PIN di BSN akan dijual sehingga OKTOBER 2011..

SENARAI PROGRAM SMK YANG DITAWARKAN DI KKBD UNTUK AMBILAN JULAI 2011:

SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
SMK PENYELENGGARAAN KENDERAAN RINGAN (3 BULAN)
SMK PENGIMBANGAN DAN PENJAJARAN RODA (3 BULAN)
SMK PENYELENGGARAAN SISTEM GANTUNGAN, STERING DAN BREK (6 BULAN)

SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK
SMK PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL (4 BULAN)
SMK MESIN ELEKTRIK TIGA FASA (4 BULAN)
SMK PENDAWAIAN PEMBULUH DAN SESALUR FASA TUNGGAL (4 BULAN)

SIJIL LUKISAN SENIBINA
SMK LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA (6 BULAN)
SMK LUKISAN KERJA SENIBINA (6 BULAN)

SIJIL RANGKAIAN KOMPUTER
SMK PEMBANGUNAN RANGKAIAN (5 BULAN)

SIJIL PENGENDALIAN PELANCONGAN (CAWANGAN JERAI)
SMK PEMANDUAN PELANCONGAN BANDAR (6 BULAN)
SMK PEMANDU PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI (6 BULAN)

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini boleh hubungi UNIT HAL EHWAL PELAJAR KKBD di talian 04-9182503/505 pada waktu pejabat..

Kepada pemohon yang ingin memohon kursus SMK selain di KKBD atau ingin memohon kursus selain kursus yang ditawarkan di KKBD, sila hubungi UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI  berhampiran anda..

SYARAT KEMASUKAN:
- WARGANEGARA MALAYSIA.
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. 

SEKIAN, HARAP MAKLUM..

19 comments:

  1. askum..saya nak tanye,macam mana nak mohon untuk kolej komuniti???

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..untuk permohonan kemasukan ke KK ketika ini perlu membeli NO PIN di BSN RM10.60 dan layari laman web tertera di atas untuk mengisi borang secara online..jika terdapat sebarang masalah boleh terus hadir ke Unit HEP KK yang berhampiran beserta dengan NO PIN tersebut..terima kasih..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..saya nk tanye..bile boleh tahu keputusan kemasukan ke kolej komuniti akan dibuka?

    ReplyDelete
  4. nape daftar error ??

    ReplyDelete
  5. sy dah beli no pin tapi angka awal 41 bakn 19 or16
    boleh ke??tpi bile nk daftar error lak..agak kusut jgk la..dh x tau nak wat cam ne..harap bals ye

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam..buat masa kini keputusan kemasukan ke KK belum diketahui..jika keputusan boleh disemak akan dimaklumkan kemudian..tq

    ReplyDelete
  7. No PIN yang dibeli mesti bermula dengan angka 16 atau 19 berharga RM 10.60..selain daripada harga dan nombor tersebut bukan untuk permohonan ke KK..cuba semak semula dgn BSN..atau terus rujuk ke Unit HEP KK berhampiran..tq

    ReplyDelete
  8. bila pengambilan bagi modul LUKISAN KERJA SENIBINA??

    ReplyDelete
  9. nk taw kolej komuniti dpt kt mane cam mane????????

    ReplyDelete
  10. Untuk makluman, pendaftaran SMK Lukisan Kerja Senibina akan diadakan pada 04/05 Julai 2011 berdasarkan mengikut negeri yang ditetapkan..Rujuk surat tawaran kemasukan..

    Keputusan mengenai Kolej Komuniti mana yang ditawarkan boleh disemak melalui laman web JPKK iaitu http://www.jpkk.edu.my..surat tawaran boleh terus dicetak jika permohonan berjaya..

    -Pegawai Pengambilan-

    ReplyDelete
  11. sye berkoba2 nk balja taun ny.tpi no pin sye blom beli.nk wat cam ne.sye x nk tungu taun depan.sebab sye de trget.trget sye bulan 12 sye dh start blajar.cube komen??

    ReplyDelete
  12. Ok. Jika terlepas peluang untuk belajar pada Sesi Julai 2011 yang lepas, boleh memohon untuk kemasukan Sesi Oktober 2011..Tetapi untuk Ambilan Oktober 2011, hanya SMK Servis Kenderaan Ringan dan SMK Pengimbangan dan Penjajaran Roda yang ditawarkan..Selain daripada kursus tersebut, Ambilan akan diadakan pada Sesi Januari 2012..Sekian..Harap membantu..

    ReplyDelete
  13. saya ingin tanya, bolehkah saya membeli no PIN di BSN pada bila2 masa, atau hanya boleh beli pada masa tertentu saja? terima kasih...

    ReplyDelete
  14. saya ingin tanya selain memohon secara online boleh kew memohon terus dari koleh komuniti???

    ReplyDelete
  15. Salam Ryzal..No Unik ID BSN boleh dibeli sehingga Oktober ini untuk Ambilan Oktober 2011 nanti..permohonan untuk ambilan Januari 2012 nanti akan dimaklumkan kemudian kaedah permohonannya..
    -Pegawai pengambilan-

    ReplyDelete
  16. Selain memohon secara online, boleh memohon secara pengisian borang manual dengan hadir ke Unit HEP Kolej Komuniti tetapi dengan membawa bersama Nombor Unik ID yang dibeli di BSN juga..

    -Pegawai Pengambilan-

    ReplyDelete
  17. saya ingin tnya..untuk ambilan oktober nanti,bila tarikh untuk memohon.

    ReplyDelete
  18. salam..saya dr alor setar ingin memohon kursus yang terdapat di kk arau.boleh tak saya dapatkan borang di kkbd?bila saya boleh start memohon untuk pengambilan oktober 2011?terima kasih..

    ReplyDelete
  19. Wasalam..Ambilan Oktober 2011 telah mendaftar pada 02 Oktober 2011 (Ahad)..Namun tarikh daftar adalah sehingga minggu ini..Jika saudara berminat untuk memohon kek KK Arau, saudara perlu hadir terus ke Unit HEP KK Arau..Ini kerana jika terdapat kekosongan tempat, saudara akan terus ditawarkan dan didaftarkan..Ini akan mengurangkan masa menunggu untuk didaftarakan..sekian

    ReplyDelete