Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah ini yang diselia oleh Guru Kanseling Sekolah iaitu En. Faisal dan dibantu oleh Guru Kelas pelajar berkenaan..Program ini dilihat sebagai satu langkah untuk membantu dalam memberi pendedahan serta laluan kepada pelajar untuk merancang masa depan selepas tamat persekolahan nanti..
Ceramah yang disampaikan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama pelajar Lepasan SPM mengenai peluang dan laluan untuk melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti..Fokus utama diletakkan pada laluan kemasukan pelajar ke program utama yang dilaksanakan di KKBD iaitu Program Sijil Modular Kebangsaan [SMK] selain daripada kursus Latihan 1Malaysia dan Kursus Pendek di bawah anjuran Unit Kursus Pendek KKBD..
Pelajar menunjukkan minat terhadap program-program yang ditawarkan di KKBD apabila ramai pelajar yang bertanyakan pelbagai soalan mengenai Kolej Komuniti amnya dan KKBD khususnya..
Para pelajar diperingkat ini sebenarnya memerlukan sokongan, dorongan dan bimbingan dari pelbagai pihak untuk membantu memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang-peluang yang berada di luar sana disamping mendorong mereka dalam menentukan halatuju kehidupan mereka selepas mereka tamat alam persekolahan kelak..
"Live for today by learning from yesterday, but aim for tomorrow by planning today"
~ Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj ~
LENSA-LENSA RAKAMAN
No comments:
Post a Comment