RAYUAN KEMASUKAN PEMOHON YANG GAGAL DITAWARKAN
Makluman kepada semua pemohon, jika anda GAGAL ditawarkan kemasukan ke KOLEJ KOMUNITI, pemohon boleh mengemukakan RAYUAN KEMASUKAN dengan cara melayari laman web berikut:
http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/default_xie.asp
Pemohon boleh menyemak permohonan rayuan kemasukan mulai 12 JUN 2011 melalui laman web di atas..Jika pemohon masih belum mendapat surat tawaran selepas 14 JULAI 2011, pemohon dianggap tidak berjaya dalam rayuan tersebut..Sila semak permohonan rayuan setiap hari..Rayuan permohonan kemasukan akan diproses oleh pihak kolej sekiranya masih terdapat kekosongan pada modular yang dimohon..
RAYUAN PERTUKARAN KOLEJ / PROGRAM
Bagi pemohon yang berjaya ditawarkan kemasukan ke Kolej Komuniti tetapi berhasrat untuk mohon tukar kolej atau program, pemohon boleh mengemukakan rayuan pertukaran melalui kolej yang ditawarkan..Pemohon perlu hadir sendiri atau hubungi Kolej Komuniti yang ingin mohon ditukar untuk bertanyakan samada masih terdapat kekosongan di kolej tersebut atau tidak..Jika terdapat kekosongan tempat pada modular dan kolej yang dimohon untuk pertukaran, rayuan tersebut akan diproses..Jika tiada tempat kekosongan, rayuan tersebut tidak akan diproses oleh kolej yang berkenaan..
Pemohon akan dihubungi oleh pihak kolej untuk memaklumkan mengenai keputusan rayuan pertukaran tersebut..Sila bawa bersama salinan surat tawaran asal semasa mengemukakan rayuan pertukaran tersebut di UNIT HAL EHWAL PELAJAR KK..
Untuk makluman,Permohonan Rayuan Kemasukan Ke KK dan Rayuan Pertukaran Kolej / Program akan diproses oleh pihak KK sekiranya terdapat kekosongan tempat pada kolej dan modular yang dipohon..Sekian..
Saya masih tidak memahami hal diatas....tetapi perlukah saya menghubungi kolej anda untuk pertukaran kolej dan program ?
ReplyDeletesaya nak buat pertukaran kolej komuniti
ReplyDelete