Monday, June 20, 2011

Taklimat "Laluan Kemasukan Pelajar Ke IPT"

Pegawai Pengambilan KKBD telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat mengenai "Laluan Kemasukan Pelajar Ke IPT" daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR), Jitra Kedah pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat di Dewan Blok H sekolah tersebut..Taklimat telah disampikan hampir selama sejam setengah dari pukul 10.45 pagi hingga jam 12.15 tengahari..

Seramai hampir 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang telah menghadiri taklimat tersebut..

Program ini yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling yang diketuai oleh seorang Kaunselor dan diiringi oleh 3 orang guru..

Sepanjang taklimat disampaikan, para pelajar menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap pengisian taklimat tersebut..Ini dapat dilihat apabila ramai pelajar yang bertanya mengenai maklumat kemasukan ke Kolej Komuniti, maklumat mengenai kaedah cara belajar di Kolej Komuniti, ada juga yang bertanya mengenai etika pemakaian ketika belajar di kolej..

Namun begitu, ramai juga pelajar dan ada juga guru yang bertanya mengenai kursus yang dianjurkan di bawah Unit Kursus Pendek iaitu Kursus Latiahan 1Malaysia..Ramai pelajar yang berminat untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan termasuk kursus bahasa, kursus masakan dan kursus muzik..

Namun, di akhirnya apa yang diharapkan agar pelajar-pelajar yang hadir pada taklimat tersebut telah nampak halatuju mengenai kemasukan ke Kolej Komuniti serta telah jelas mengenai program yang diminati untuk diikuti di Kolej Komuniti..

Sebenarnya, apa yang dapat dilihat ialah para pelajar ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak supaya mereka mempunyai keyakinan diri untuk menentukan halatuju kehidupan mereka selepas tamat persekolahan agar dapatlah kiranya mereka ini menjadi tunggak kejayaan terhadap bangsa, agama dan negara suatu hari nanti..InsyaAllah..


LENSA-LENSA RAGAM PELAJAR

No comments:

Post a Comment